Tuesday, September 29, 2009

Lawatan Muhibbah Syababul Faizin Bertemu Soutul Fida'iy


Assalamualaikum w.b.t
Setelah sekian lama kami mencari sebuah pasukan nasyid yang boleh kami jadikan "mentor" kepada kami, akhirnya kami dapat berlatih bersama dengan sebuah pasukan nasyid yang juga semakin meningkat naik di Negeri Terengganu, terutamanya dalam Pertandingan Nasyid Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah. Pasukan ini diberi nama "Syababul Faizin",datangnya dari SMK Sultan Omar,Dungun.Tak sia-sia juga perkenalan saya dengan salah seorang penggerak "Syababul Faizin" iaitu saudara Faiz. Saya juga tidak menyangka yang mereka sudi untuk berlatih dengan kami.Tanggal 24 September 2009 menjadi saksi pertemuan di antara dua pasukan ( Pertembungan 2 SF ) di bilik muzik, SMK Binjai. Apa yang lebih mengharukan lagi, mereka sanggup datang ke SMK Binjai. Hal ini membuktikan mereka memberikan komitmen yang baik untuk perkembangan nasyid di Negeri Terengganu.

Seperti yang dijadualkan, faiz dan rakan-rakan tiba pada pukul 10 pagi. Faiz yang drive, senang ada kereta sendiri...kenapa penulis kata mcm tu..kerana penulis masih meratapi kerosakan motorsikal yang penulis sgt sayangi. (Ish 3..kecian)

Sesi perkenalan di antara kedua SF ni bermula, nampaknya kedua-dua team memang ada matlamat yang jelas untuk menceriakan kembali arena nasyid di Negeri Terengganu. Pada mulanya, kami mengadakan sesi perbincangan bersama. Perbincangan berkisarkan tentang senario nasyid semasa di Negeri Terengganu dan pertandingan - pertandingan di peringkat kebangsaan.

Seterusnya, kami membuat latihan vokal bersama. Pelbagai teknik yang baru dapat kami pelajari dan harapnnya dapatlah membantu kami untuk meningkatkan lagi prestasi kami.

Kami juga dapat menutut limu percussion dari mereka ( sangat berharga!!)

Salah seorang Ahli Syababul Faizin yang akan menduduki perperiksaan STPM pada November ini. Good Luck, doa kami turut mengiringi perjuangan anda :)

Kami juga turut meneliti video -video pertandingan yang dijalankan sepanjang tahun ini. Banyak percambahan idea antara kedua -dua pasukan. Kami berhenti rehat pada pukul 1.30 petang untuk makan tengah hari. Terima kasih diucapkan kepada PK Pentadbiran SMK Binjai (Pn.Noraizan Binti Endut) kerana sudi menyediakan juadah buat kami.

Lepas makan,kami berlatih kemahiran vokal dengan lebih mendalam..sehingga kami berhenti pada pukul 2.30 petang.

Kami sempat mengabdikan kenangan bersama dgn mengambil gambar..hi hi hi

(Maaf,kualiti gambar kurang baik)

Terima kasih pada mereka yang terlibat, harapnya kita dapat berkolaborasi lagi. Insya'allah...

0 comments: