This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, November 21, 2009

Review 2009_Pertandingan Nasyid Puteri Islam Daerah Kemaman / Negeri Terengganu 2009_Part 1


Review yang seterusnya adalah sekitar Pertandingan Nasyid Puteri Islam Peringkat Daerah Kemaman dan Peringkat Negeri Terengganu. Pada mulanya, saya diminta oleh penasihat Puteri Islam SMK Binjai untuk melatih pasukan ini. Agak keberatan juga saya pada mulanya, kerana pada masa yang sama saya terpaksa memberi komitmen kepada "Soutul Fida'iy" untuk Pertandingan Nasyid Anti Dadah Daerah Kemaman.

"Lama doh dok ajor budok puang nasyid"

Flashback zaman muda2....

Saya ada la sedikit pengalaman melatih pelajar-pelajar perempuan ini semasa di tingkatan 4 . Pada masa itu saya melatih pasukan nasyid perempuan SMK Chukai, itulah pengalaman pertama saya sebagai seorang jurulatih nasyid. Dengan segala pengalaman yang ada, saya cuba memberikan yang terbaik kepada mereka.

Seingat saya, pada masa tu mereka mendapat tempat ketiga nasyid anti dadah daerah kemaman 2005 dan johan ASAT 2005.

Kembali ke tahun 2009

Dateline untuk menyiapkan pasukan ini adalah 2 minggu, jadi kenalah utamakan pasukan Puteri Islam ni dulu. Yelah, alang-alang orang dah bagi kepercayaan kepada kita, laksanakan lah dengan sebaik -baiknya. Kebanyakkannya pelajar baru, kecuali penyanyi solo yang memang ada "background" muzik. Masalah suara,tempo menjadi sahabat saya..Percussion pula kena diajar dari asas. Memang mencabar..tetapi mujurlah pasukan lelaki sudi membantu saya dari segi tunjuk ajar percussion, kurang beban saya sikit.

Kebetulan pada hari pertandingan peringkat daerah, saya terpakasa ke SMK Chukai untuk mengambil peperiksaan MEDsI dan MunsYi. Tak dapat tengok la...selepas selesai menjawab soalan tersebut, saya terus ke SK Pusat,dimana tempat pertandingan itu berlangsung.

Setibanya disana, saya di temani oleh Hanif dan Shawal. Yup,mmg tepat..saya terlepas persembahan mereka, mungkin mereka hampa...tp x mengapalah...yang penting mereka dah membuat yang terbaik.

Dah nama pun Pertandingan Nasyid Puteri Islam, "Puteri Islam" kan untuk perempuan...mana ada lelaki masuk. Jadi saya dapati, saya,hanif dan shawal sahaja yang lelaki...hahaha...yang terkejut dengan kehadiran kami adalah guru2 dari sekolah lain...hihihi

Oleh kerana,pertandingan masih berjalan..saya memutuskan untuk pergi ke bandar atas urusan peribadi.Selepas itu, saya pulang ke rumah.

Bila sampai di rumah, saya mendapat panggilan telefon. SMK Binjai mendapat tempat pertama katanya...saya seakan tak percaya,tapi bersyukur atas ketentuannya. Kali pertama SMK Binjai mewakili daerah dalam mana2 pertandingan nasyid yang pernah disertai .Syukur.....

(Part 2 akan bersambung....)

Tuesday, November 10, 2009

Review 2009_Pertandingan Nasyid MTQ



Review untuk tahun 2009 ini dimulakan dengan Pertandingan MTQ Peringkat Zon Air Putih dan Peringkat Daerah Kemaman. Untuk kesekalian kalinya SMK Binjai berjaya menempatkan diri ke pertandingan peringkat daerah. Soutul Fida'iy merangkul gelaran naib johan untuk pertandingan peringkat zon,sekaligus menafikan pandangan skeptis beberapa pihak yang menafikan kemampuan ahli-ahli Soutul Fida'iy yang pada masa itu masih baru dan belum berpengalaman. Tewas kepada jiran sekampung, SM Teknik Binjai.

Untuk persiapan pertandingan peringkat daerah, SM Teknik Binjai menjemput kami ke sekolah mereka untuk latihan bersama. Kami tidak keberatan untuk memenuhi undangan mereka (maklumlah dekat jer...). Tapi apa yang penting,melihat dua pasukan nasyid ini bersatu bersama,itu yang lebih penting.

Untuk pertandingan peringkat daerah,ternyata pengalaman yang masih kurang dan kegugupan mereka jelas kelihatan dari pandangan penulis. Tapi bagi penulis, pengalaman itu mematangkan mereka, walaupun mereka memperoleh kedudukan keempat dari enam pasukan, usaha dan komitmen mereka amat saya hargai. Banyak juga maklum balas yang diperolehi,dan insya'allah membantu Soutul Fida'iy untuk lebih maju...kami tewas kepada Soutul Firdausi ( SMK Chukai).Soutul Iman (SMK Kijal) dan SMK Badrul Alam Shah...kami akan buktikan pada lain pertandingan...

(Nantikan review seterusnya_Pertandingan Nasyid Puteri Islam Daerah Kemaman dan Peringkat Negeri Terengganu)


Pengalaman Pertama_Finale

Akhirnya assignment manuskrip al-quran berjaya disiapkan. Namun begitu aku berasa terkilan kerana tidak dapat turut serta semasa penghantaran manuskrip ini kerana terpaksa pulang ke kampung halaman.
Untuk proses yang lebih detail, iaitu mewarnakan corak-corak yang lebih kecil,rumit dan susah,Hafiz,Hairul, dan Firdaus berjaya mewarnakannya dendan baik. Thanks for being a supportive friends, hanya Allah yang dapat balas jasa korang.

Tanggal 2 November 2009, kumpulan kami berjaya menyiapkan antara tugasan yang banyak menggunakan wang,tenaga dan masa kami. Namun begitu, kami tetap enjoy dan kepuasan tetap terpancar pada setiap wajah ahli kumpulan kerana kami bekerjasama seperti dalam cerita wonderpets dan juga semangat SUKA! RELA! dan GILA! yang ada pada setiap ahli kumpulan ini jugalah yang membantu kami merealisasikan assignment ini.
Jujurnya, saya mendapat beberapa pengalaman baru hasil dari menyiapkan tugasan ini, bermula dari proses penghasilan reka bentuk, printing, penyediaan bahan dan proses pembuatan.

Ucapan penghargaan kepada Puan Ainun Jariah Binti Yaacob ( Lecurer kami), En.Low ( EPSON),En Che Ku ( Juruteknik FSSR UiTM Sh Alam), Warga Yayasan Restu, Hafiz "Spikey" (Ketua Kumpulan a.k.a Tukang Bancuh Cat), Hairul "Furyot", Firdaus "Mahmuk", Akak2 cleaner Kolej JATI, Geng2 IDE dan pada kengkawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan projek manuskrip al-quran ini...thanks a lot...secara rasminya...tamatlah telenovela ini....

Friday, October 30, 2009

Pengalaman Pertama_2nd Stage Part 1

(Antara bahan - bahan yang digunakan)

(Peringkat 1 : Mewarnakan ayat - ayat al-quran)


(Mewarnakan bahagian dalam dahulu)

Masih lagi dalam proses pewarnaan dan dijangka mengambil masa 2 hari lagi untuk disiapkan. Pada hemat saya, kemajuan kumpulan kami agak baik dan kami yakin untuk meniyapkannya lebih awal. Terima kasih kepada team kami yang sangat bersatu iaitu Hafiz,Hairul dan Firdaus. Bersambung...


Thursday, October 22, 2009

Pengalaman Pertama_2nd Stage

( Final Project 2nd Stage)
Sekarang ini masuk kepada peringkat kedua selepas peringkat reka letak. Kelamrin saya dan kak rabi print manuskrip ini dalam saiz A0, memang besar juga saiz A0 ni...lebih kurang satu depa. Saya juga dapat belajar cara menggunakan printer epson 7880 yang kebanyakannya digunakan oleh syarikan pencetakan. Thanks to Mr Low kerana sudi bagi tunuk ajar.

Peringkat ketiga akan menyusul,iaitu kami kena mewarnakan manuskrip ini dengan menggunakan cat akrilik. Tugasan yang agak mencabar,kerana pasukan kami tidak pernah mengecat dalam saiz yang agak besar. (Masa zaman muda2 dlu cat kt drawing block jer). nantikan hasilnya.

Sunday, October 18, 2009

Pengalaman pertama....


(Design asas - masih dalam pross pembangunan)

Salah satu tugasan final project untuk course AD221 adalah membuat backgraound bermotifkan Islam, agak mencabar juga kerana saya baru belajar menggunakan perisian Adobe Illustrator. Sekarang ini, projek ini sudah siap 50 peratus, sekarang tinggal untuk proses percetakan dan pewarnaan.

Terima kasih pada rakan-rakan di IDE kerana sudi bagi tunjuk ajar pada saya untuk menguasai Adobe Illustrator ini.

Thursday, October 15, 2009

AremilGannuKite@Photography





Ini adalah antara beberapa gambar yang saya ambil semasa membuat tugasan subjek photografi di Taman Rama-Rama, Kuala Lumpur. Janganlah segan silu untuk memberi komentar saudara/i. Untuk makluman semua, saya masih baru belajar mengenali selok belok dalam photografi ini. Wassalam

Tuesday, September 29, 2009

Lawatan Muhibbah Syababul Faizin Bertemu Soutul Fida'iy


Assalamualaikum w.b.t
Setelah sekian lama kami mencari sebuah pasukan nasyid yang boleh kami jadikan "mentor" kepada kami, akhirnya kami dapat berlatih bersama dengan sebuah pasukan nasyid yang juga semakin meningkat naik di Negeri Terengganu, terutamanya dalam Pertandingan Nasyid Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah. Pasukan ini diberi nama "Syababul Faizin",datangnya dari SMK Sultan Omar,Dungun.Tak sia-sia juga perkenalan saya dengan salah seorang penggerak "Syababul Faizin" iaitu saudara Faiz. Saya juga tidak menyangka yang mereka sudi untuk berlatih dengan kami.Tanggal 24 September 2009 menjadi saksi pertemuan di antara dua pasukan ( Pertembungan 2 SF ) di bilik muzik, SMK Binjai. Apa yang lebih mengharukan lagi, mereka sanggup datang ke SMK Binjai. Hal ini membuktikan mereka memberikan komitmen yang baik untuk perkembangan nasyid di Negeri Terengganu.

Seperti yang dijadualkan, faiz dan rakan-rakan tiba pada pukul 10 pagi. Faiz yang drive, senang ada kereta sendiri...kenapa penulis kata mcm tu..kerana penulis masih meratapi kerosakan motorsikal yang penulis sgt sayangi. (Ish 3..kecian)

Sesi perkenalan di antara kedua SF ni bermula, nampaknya kedua-dua team memang ada matlamat yang jelas untuk menceriakan kembali arena nasyid di Negeri Terengganu. Pada mulanya, kami mengadakan sesi perbincangan bersama. Perbincangan berkisarkan tentang senario nasyid semasa di Negeri Terengganu dan pertandingan - pertandingan di peringkat kebangsaan.

Seterusnya, kami membuat latihan vokal bersama. Pelbagai teknik yang baru dapat kami pelajari dan harapnnya dapatlah membantu kami untuk meningkatkan lagi prestasi kami.

Kami juga dapat menutut limu percussion dari mereka ( sangat berharga!!)

Salah seorang Ahli Syababul Faizin yang akan menduduki perperiksaan STPM pada November ini. Good Luck, doa kami turut mengiringi perjuangan anda :)

Kami juga turut meneliti video -video pertandingan yang dijalankan sepanjang tahun ini. Banyak percambahan idea antara kedua -dua pasukan. Kami berhenti rehat pada pukul 1.30 petang untuk makan tengah hari. Terima kasih diucapkan kepada PK Pentadbiran SMK Binjai (Pn.Noraizan Binti Endut) kerana sudi menyediakan juadah buat kami.

Lepas makan,kami berlatih kemahiran vokal dengan lebih mendalam..sehingga kami berhenti pada pukul 2.30 petang.

Kami sempat mengabdikan kenangan bersama dgn mengambil gambar..hi hi hi

(Maaf,kualiti gambar kurang baik)

Terima kasih pada mereka yang terlibat, harapnya kita dapat berkolaborasi lagi. Insya'allah...

Tuesday, September 15, 2009

New Show,New Face For 2010

Assalamualaikum dan salam ukhuwah..
Dua hari lepas, saya mendapat panggilan telefon dari bonda tercinta. Memaklumkan bahawa pihak pentadbiran SMK Binjai mahukan satu persembahan nasyid untuk Majlis Graduasi SMK Binjai 2009 pada 22 /10/2009 . Sudah menjadi kelaziman pada tahun ini, persembahan nasyid menjadi pemula bicara bagi sebarang majlis di SMK Binjai,harapnya diteruskan...
Yes..!!!, hati ini memang ternanti-nanti akan panggilan seperti ini. Pastinya ahli "Soutul Fida'iy" turut gembira dan senang dengan berita ini.
Namun begitu, cabarannya tetap ada :-
  • "Bagaimana aku nak latih mereka?,aku dah menetap di Shah Alam, bukannya di Kemaman lg"
  • "Macam mana aku nak puaskan hati pentadbir SMK Binjai?,aku mahu mereka memberi sokongan berterusan pada pasukan ni"

Bagi seorang anak muda yang usianya baru melepasi 20 tahun (dah puluh dah..) mungkin hal ini masih aku dapat selesaikan dengan begitu baik. Aku terpaksa mengenggam impian dan matlamat didalam tangan , mencari kejayaan dlm pelajaran , dan membanggakan harapan ibu bapa. Oleh kerana "Soutul Fida'iy", "UiTM" dan "Abah & Mak", aku akan tetap dengan apa yang aku bina , dan pantang melihat sesuatu benda musnah.

(Udah le tu Syamil weh...terus pada agenda)

Walaupun namanya persembahan, tidak salah kalau aku terus mencuba dan berexperimentasi sesama ahli "Soutul Fida'iy". Kebolehan mereka belum digilap dengan sepenuhnya dan sudah menjadi tugasku untuk menjelajahinya.

Latihan pertama akan bermula pada minggu pertama aidilfitri iaitu pada raya ke 6,7 dan 8. memang tak betul namanya,tapi oleh kerana tanggungjawabku sebagai seorang pelajar universiti,maknanya memang kena buat kerja yang x betul ne.

Budak2 "Soutul Fida'iy" dah setuju,jadi tak ada masalah.

Doakan yang terbaik buat kami dalam Majlis Graduasi SMK Binjai 2009

"MISI 2010 - Menggenggam Negeri Terengganu Darul Iman"


Monday, September 14, 2009

Tribute to Soutul Fida'iy 2009
Assalamualaikum..
Ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua team senior "Soutul Fida'iy". Komitmen yang anda berikan amat saya banggakan. Semoga kita dapat merealisasikan impian "2010 - Mengenggam Negeri Terengganu".
Dari:
Muhammad Syamil Bin M.Rosli
(Jurulatih Pasukan Soutul Fida'iy SMK Binjai)


Monday, July 27, 2009

Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasanya dah lama saya tidak menggunakan blog ini,tetiba rasa terpanggil untuk gunakan semula blog ini. Baiklah,kali ini amil nak ceritakan suka duka sepanjang kami menyertai karnival pendidikan pencegahan dadah 2009 yang bertempat di SMK Kg Baru Kertih.


Pertandingan kali ini juga adalah yang pertama untuk Soutul Fida'iy. Diperkuatkan lagi dengan kehadiran Iskandar, Ahmad, Zulkarnain, Nik Hafiz, dan Opick memberi keyakinan kepada saya bahawa irama kontemporari di SMK Binjai semakin diterima. Terima kasih kepada penyokong yang sanggup datang pada hari tersebut,maklumlah bukan dekat SMK Binjai dengan SMK Kg Baru Kertih ni. Walaubagaimana pun, terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah kerana memberikan layanan yang terbaik kepada kami.
(Pasukan Tuan Rumah:SMK Kg Baru Kertih)

Untuk pertandingan ini, kami hanya memperoleh tempat ketiga dari 13 pasukan yang bertanding. Tidak dinafikan kehebatan Johan iaitu SMK Kijai dan Naib Johan iaitu SMK Mak Lagam mempengaruhi keputusan para hakim,namun begitu saya dan ahli soutul fida'iy menganggap pertandingan ini sebagai batu loncatan kepada mereka. Kerana Soutul Fida'iy akan terus berkembang dan berkembang menjadi lebih baik,insya'allah.

Tuesday, March 31, 2009

The Journey Of Soutul Fida'iy

Untuk menubuhkan sebuah pasukan nasyid ne bukan senang, lebih - lebih lagi bila kebanyakkan daripada mereka tiada mempunyai asas (basic) dalam nasyid. Tetapi atas sokongan para pentadbir, akhirnya Soutul Fida'iy dapat direalisasikan. Bagi saya, generasi pertama Soutul Fida'iy ini mempunyai kekuatannya tersendiri iaitu dari segi pemain muziknya. Namun begitu, aspek keharmonian suara masih lagi menjadi kelemahan utama.Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Saudara Ridzuan (Jurulatih Utama Soutul Faizin) kerana telah banyak memberi pendapat dan sokongan kepada saya dapat memantapkan lagi pasukan nasyid sekolah ini. Perjalanan Soutul Fida'iy juga ditemani oleh Akh Zakaria dan Akh Che Hafizul dari kumpulan nasyid UNiTY (TATIuc), Mu'alim Anwaruddin dari SMI Al-Amin,Kemaman, Ustaz Roslan, Kumpulan In2Vc dari SMK Sultan Ismail serta para guru SMK Binjai yang memberikan harapan dan sokongan kepada kami. Mereka memulakan latihan bermula pertengahan Januari 2009,dan sekarang komuniti Soutul Fida'iy bertambah kepada 20 orang. Antara pencapaian yang telah dicapai oleh mereka adalah :


1. NaibJohan Pertandingan Nasyid MTQ Zon 3
2. Ke-4 Pertandingan Nasyid MTQ Peringkat Daerah Kemaman
3. Dijemput untuk membuat persembahan sempena Majlis Maulidur Rasul

Untuk mereka yang masih belum berpengalaman, pencapaian mereka setakat ini menunjukan kesungguhan mereka untuk bersaing dalam aras yang lebih tinggi. Buat masa ini Soutul Firdausi dari SMK Chukai masih lagi pilihan juri-juri untuk mewakili daerah Kemaman. Namun begitu, kami yakin dengan kebolehan,bakat dan lagu kami. Mana tahu suatu hari nanti kami boleh mawakili Kemaman dan Terengganu ke peringkat yang lebih tinggi.



Wednesday, March 4, 2009

Ta'aruf (Introduce)


-Pengenalan Diri
-Resume


NAMA:
Muhammad Syamil Bin M. Rosli
UMUR:
19 Tahun 8 Bulan
TARIKH LAHIR:
16 Julai 1989
TEMPAT LAHIR:
Hospital Besar Kemaman
AGAMA:
Islam
TINGGI:
168 cm
(Tidak termasuk rambut dan kasut)
BERAT:
75 kg
(Berat bersih:Tidak termasuk Kasut,Baju,Seluar dan Jam)
ZODIAK:
Cancer
(Makluman: Tiada kaitan dengan penyakit berjangkit atau wabak-wabak tertentu)
ALAMAT:
3390,Lorong Semarak 1, Taman Semarak Binjai,
Kampung Binjai, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman,
Malaysia
TELEFON:
019-9977310 (Guna Prepaid)
017-9723520 (Jarang Bukak)
--------------------------------
012-9812635 (Dah Hilang)
STATUS:
Insya'allah,masih belum berkahwin