Friday, June 18, 2010

Laporan Nasyid Camp 2010

Alhamdulillah...Nasyid Camp berjaya dijalankan dengan jayanya. Hasil usaha daripada semua fasilitator memangkin kejayaan nasyid camp 2010 ini. 40 peserta menyertai nasyid camp untuk kali ini antaranya ialah
  • Firdani (SMK Geliga,Kemaman)
  • Shababul Faizin (SMK Sultan Omar,Dungun)
  • Cahaya Hati
  • Soutul Fida'iy(SMK Binjai,Kemaman)
Meneruskan agenda Nasyid Camp 2009, barisan fasilitator ingin mencungkil dan mengasah bakat-bakat baru peserta nasyid camp ini. Kebanyakkan perserta adalah mereka yang baru menyertai pasukan nasyid di sekolah masing-masing.

Pelbagai modul dan aktiviti yang dijalankan oleh para peserta dan diharapkan kepada semua peserta supaya mengaplikasikan ilmu yang diajar sepanjang kem ini. Pada hari yang terakhir, mereka diminta membuat persembahan untuk majlis penutup. Semua pasukan menampilkan kekuatan mereka tersendiri dan memberikan persembahan yang terbaik untuk diri mereka sendiri.Penambah-baikan akan terus dilakukan oleh pasukan fasilitator untuk memajukan dan mengasuh mereka yang baru dan hijau dalam bidang nasyid ini. Sesungguhnya,kami tidak akan jemu untuk melatih dan memberikan tunjuk ajar kepada semua yang berminat. Ada permintaan juga nasyid camp ini diadakan sekali lagi pada bulan 12 ini. Jikalau tiada aral melintang, pada bulan 12 ini daerah Dungun akan menjadi tuan rumah untuk Nasyid Camp yang ke 3,Insya'allah.Akhir kata,sudi-sudikanlah melihat secebis memori dari Nasyid Camp 2010
"Bersama Merevolusikan Nasyid di Terengganu 2"

0 comments: