This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, November 21, 2009

Review 2009_Pertandingan Nasyid Puteri Islam Daerah Kemaman / Negeri Terengganu 2009_Part 1


Review yang seterusnya adalah sekitar Pertandingan Nasyid Puteri Islam Peringkat Daerah Kemaman dan Peringkat Negeri Terengganu. Pada mulanya, saya diminta oleh penasihat Puteri Islam SMK Binjai untuk melatih pasukan ini. Agak keberatan juga saya pada mulanya, kerana pada masa yang sama saya terpaksa memberi komitmen kepada "Soutul Fida'iy" untuk Pertandingan Nasyid Anti Dadah Daerah Kemaman.

"Lama doh dok ajor budok puang nasyid"

Flashback zaman muda2....

Saya ada la sedikit pengalaman melatih pelajar-pelajar perempuan ini semasa di tingkatan 4 . Pada masa itu saya melatih pasukan nasyid perempuan SMK Chukai, itulah pengalaman pertama saya sebagai seorang jurulatih nasyid. Dengan segala pengalaman yang ada, saya cuba memberikan yang terbaik kepada mereka.

Seingat saya, pada masa tu mereka mendapat tempat ketiga nasyid anti dadah daerah kemaman 2005 dan johan ASAT 2005.

Kembali ke tahun 2009

Dateline untuk menyiapkan pasukan ini adalah 2 minggu, jadi kenalah utamakan pasukan Puteri Islam ni dulu. Yelah, alang-alang orang dah bagi kepercayaan kepada kita, laksanakan lah dengan sebaik -baiknya. Kebanyakkannya pelajar baru, kecuali penyanyi solo yang memang ada "background" muzik. Masalah suara,tempo menjadi sahabat saya..Percussion pula kena diajar dari asas. Memang mencabar..tetapi mujurlah pasukan lelaki sudi membantu saya dari segi tunjuk ajar percussion, kurang beban saya sikit.

Kebetulan pada hari pertandingan peringkat daerah, saya terpakasa ke SMK Chukai untuk mengambil peperiksaan MEDsI dan MunsYi. Tak dapat tengok la...selepas selesai menjawab soalan tersebut, saya terus ke SK Pusat,dimana tempat pertandingan itu berlangsung.

Setibanya disana, saya di temani oleh Hanif dan Shawal. Yup,mmg tepat..saya terlepas persembahan mereka, mungkin mereka hampa...tp x mengapalah...yang penting mereka dah membuat yang terbaik.

Dah nama pun Pertandingan Nasyid Puteri Islam, "Puteri Islam" kan untuk perempuan...mana ada lelaki masuk. Jadi saya dapati, saya,hanif dan shawal sahaja yang lelaki...hahaha...yang terkejut dengan kehadiran kami adalah guru2 dari sekolah lain...hihihi

Oleh kerana,pertandingan masih berjalan..saya memutuskan untuk pergi ke bandar atas urusan peribadi.Selepas itu, saya pulang ke rumah.

Bila sampai di rumah, saya mendapat panggilan telefon. SMK Binjai mendapat tempat pertama katanya...saya seakan tak percaya,tapi bersyukur atas ketentuannya. Kali pertama SMK Binjai mewakili daerah dalam mana2 pertandingan nasyid yang pernah disertai .Syukur.....

(Part 2 akan bersambung....)

Tuesday, November 10, 2009

Review 2009_Pertandingan Nasyid MTQ



Review untuk tahun 2009 ini dimulakan dengan Pertandingan MTQ Peringkat Zon Air Putih dan Peringkat Daerah Kemaman. Untuk kesekalian kalinya SMK Binjai berjaya menempatkan diri ke pertandingan peringkat daerah. Soutul Fida'iy merangkul gelaran naib johan untuk pertandingan peringkat zon,sekaligus menafikan pandangan skeptis beberapa pihak yang menafikan kemampuan ahli-ahli Soutul Fida'iy yang pada masa itu masih baru dan belum berpengalaman. Tewas kepada jiran sekampung, SM Teknik Binjai.

Untuk persiapan pertandingan peringkat daerah, SM Teknik Binjai menjemput kami ke sekolah mereka untuk latihan bersama. Kami tidak keberatan untuk memenuhi undangan mereka (maklumlah dekat jer...). Tapi apa yang penting,melihat dua pasukan nasyid ini bersatu bersama,itu yang lebih penting.

Untuk pertandingan peringkat daerah,ternyata pengalaman yang masih kurang dan kegugupan mereka jelas kelihatan dari pandangan penulis. Tapi bagi penulis, pengalaman itu mematangkan mereka, walaupun mereka memperoleh kedudukan keempat dari enam pasukan, usaha dan komitmen mereka amat saya hargai. Banyak juga maklum balas yang diperolehi,dan insya'allah membantu Soutul Fida'iy untuk lebih maju...kami tewas kepada Soutul Firdausi ( SMK Chukai).Soutul Iman (SMK Kijal) dan SMK Badrul Alam Shah...kami akan buktikan pada lain pertandingan...

(Nantikan review seterusnya_Pertandingan Nasyid Puteri Islam Daerah Kemaman dan Peringkat Negeri Terengganu)


Pengalaman Pertama_Finale

Akhirnya assignment manuskrip al-quran berjaya disiapkan. Namun begitu aku berasa terkilan kerana tidak dapat turut serta semasa penghantaran manuskrip ini kerana terpaksa pulang ke kampung halaman.
Untuk proses yang lebih detail, iaitu mewarnakan corak-corak yang lebih kecil,rumit dan susah,Hafiz,Hairul, dan Firdaus berjaya mewarnakannya dendan baik. Thanks for being a supportive friends, hanya Allah yang dapat balas jasa korang.

Tanggal 2 November 2009, kumpulan kami berjaya menyiapkan antara tugasan yang banyak menggunakan wang,tenaga dan masa kami. Namun begitu, kami tetap enjoy dan kepuasan tetap terpancar pada setiap wajah ahli kumpulan kerana kami bekerjasama seperti dalam cerita wonderpets dan juga semangat SUKA! RELA! dan GILA! yang ada pada setiap ahli kumpulan ini jugalah yang membantu kami merealisasikan assignment ini.
Jujurnya, saya mendapat beberapa pengalaman baru hasil dari menyiapkan tugasan ini, bermula dari proses penghasilan reka bentuk, printing, penyediaan bahan dan proses pembuatan.

Ucapan penghargaan kepada Puan Ainun Jariah Binti Yaacob ( Lecurer kami), En.Low ( EPSON),En Che Ku ( Juruteknik FSSR UiTM Sh Alam), Warga Yayasan Restu, Hafiz "Spikey" (Ketua Kumpulan a.k.a Tukang Bancuh Cat), Hairul "Furyot", Firdaus "Mahmuk", Akak2 cleaner Kolej JATI, Geng2 IDE dan pada kengkawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan projek manuskrip al-quran ini...thanks a lot...secara rasminya...tamatlah telenovela ini....