This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday, September 5, 2010

Saturday, July 10, 2010

New Team_New Logo


Sunday, June 20, 2010

Nasyid Camp 2010_Memoir




Posted by Picasa

Friday, June 18, 2010

Laporan Nasyid Camp 2010

Alhamdulillah...Nasyid Camp berjaya dijalankan dengan jayanya. Hasil usaha daripada semua fasilitator memangkin kejayaan nasyid camp 2010 ini. 40 peserta menyertai nasyid camp untuk kali ini antaranya ialah
  • Firdani (SMK Geliga,Kemaman)
  • Shababul Faizin (SMK Sultan Omar,Dungun)
  • Cahaya Hati
  • Soutul Fida'iy(SMK Binjai,Kemaman)
Meneruskan agenda Nasyid Camp 2009, barisan fasilitator ingin mencungkil dan mengasah bakat-bakat baru peserta nasyid camp ini. Kebanyakkan perserta adalah mereka yang baru menyertai pasukan nasyid di sekolah masing-masing.

Pelbagai modul dan aktiviti yang dijalankan oleh para peserta dan diharapkan kepada semua peserta supaya mengaplikasikan ilmu yang diajar sepanjang kem ini. Pada hari yang terakhir, mereka diminta membuat persembahan untuk majlis penutup. Semua pasukan menampilkan kekuatan mereka tersendiri dan memberikan persembahan yang terbaik untuk diri mereka sendiri.Penambah-baikan akan terus dilakukan oleh pasukan fasilitator untuk memajukan dan mengasuh mereka yang baru dan hijau dalam bidang nasyid ini. Sesungguhnya,kami tidak akan jemu untuk melatih dan memberikan tunjuk ajar kepada semua yang berminat. Ada permintaan juga nasyid camp ini diadakan sekali lagi pada bulan 12 ini. Jikalau tiada aral melintang, pada bulan 12 ini daerah Dungun akan menjadi tuan rumah untuk Nasyid Camp yang ke 3,Insya'allah.Akhir kata,sudi-sudikanlah melihat secebis memori dari Nasyid Camp 2010
"Bersama Merevolusikan Nasyid di Terengganu 2"

Sunday, June 13, 2010

Sudah selesai..:)


Laporan penuh akan disediakan dalam masa terdekat, jurulatih dia sibuk buat lesen :)

Thursday, May 27, 2010

Persembahan Soutul Fida'iy Junior pada hari guru..(16 Mei 2010)


Sedutan sekitar persembahan Soutul Fida'iy Junior pada hari guru..(16 Mei 2010)

Wednesday, May 26, 2010

Persiapan Nasyid Camp_Stage 1

Persiapkan kem makin menghampiri...

Tuesday, May 25, 2010

Soutul Fida'iy: Satu desitinasi seorang insan bernama Muhammad Syamil M.Rosli

Selepas Soutul Siddiq (SMK Chukai - 2005/2006), In-2-Vc (SMK Sultan Ismail -2008), saya ke SMK Binjai untuk menubuhkan satu lagi pasukan nasyid iaitu Soutul Fida'iy. Ada ramai yang bertanya...kenapa memilih SMK Binjai? Jawapan dia berdasarkan sebuah kisah yg berlaku pada tahun 2008...

Penulis menyertai Pertandingan Nasyid Pendidikan Pencegahan Dadah 2008 di mana SMK Sultan Ismail menjadi tuan rumah, penulis menyertai hanya sekadar untuk suka-suka. Maklumlah sudah lama saya tidak bertanding..jujurnya saya lebih minat untuk melatih...

Selepas giliran persembahan, saya suka untuk melihat persediaan pasukan lain sebelum persembahan. Pada masa tu saya melihat sebuah pasukan nasyid yang sedang membuat laithan terahkir sebelum giliran persembahan mereka tiba. Pada masa yang sama,saya melihat seorang ustazah gigih melilitkan riben pada songkok tiap2 penasyid.

Tanya saya " Korang ni dari sekolah mana?"

"SMK Binjai" jawab mereka

"Good luck yer.." Balas saya

"Terima kasih" jawab mereka dengan tersipu-sipu malu

Setibanya persembahan mereka,saya agak terkejut. Mereke seakan-akan memalukan diri mereka di atas pentas. Ternyata mereka terlalu kurang latihan,kalau orang lain mereka mesti tak kisah punya..yang penting pasukan mereka menang. Lantas saya menyuarakan pendapat saya pada ahli pasukan nasyid saya yang lain

Syamil: Madi,mcm mana persembahan pasukan ni?

Madi: Bukan aku nak kata mil, mereka ni kurang latihan.

Syamil: Sepatutnya mereka menyampaikan nasyid mereka dengan lebih baik...

Madi: Itu ler...apa kata mung latih pasukan ini

Syamil: Hahaha...ak nk bersara dah dari melatih nasyid ni

Madi: Aku rasa mung boleh,binjai tu kan kampung mung..

Syamil: Insya'allah kalau ada rezeki,harap2 dipertemukan

Penghujung Disember 2008 saya ditawarkan satu jawatan di SMK Binjai untuk 6 bulan,apa jawatannya biarlah rahsia.

Kebetulan ramai bekas guru-guru saya di SMK Chukai telah berpindah ke SMK Binjai.

Syamil: Salam ustazah...

Ustazah Z: Wkslm...Eh!! Syamil buat ap kat sini,siap ber'tie' lagi

Syamil: Kerja la kat sini...sementara tunggu masuk U

Ustazah Z: Oh..bagus la Syamil ada kat sini,boleh la tolong ajor bdk2 nasyid..ustazah serah semua kat syamil.

Syamil: Hahaha...saya ni bukan expert sgt ustazah..

Ustazah Z: Ala..boleh la...mana tahu jadi johan terengganu ke

(Saya gelak je...sbb saya tahu untuk membina pasukan nasyid bukan lah satu perkara yang senang)

Berpandukan matlamat aku selama ini...
"Kesungguhan mengatasi bakat"..aku cuba meneruskan nya...

Hari pertama pemilihan,sangat mengecewakan...tak sampai sepuluh orang,dan mereka asalnya mempunyai asas yang sikit tentang nasyid ni..

Tapi yang datang pemilihan ini pun lebih baik dari tak ada yang berminat..jadi selama 2 bulan mereka aku latih..menjelang pertandingan MTQ Zon Air Putih...

(To be continue...)

Saturday, April 3, 2010

Review_Nasyid Camp 2009

Assalamualaikum
Memandangkan Nasyid Camp 2010 semakin menghampiri,maka tidak salah rsanya saya tunjukan serba sedikit kenangan semasa penganjuran Nasyid Camp 2009.Untuk penganjuran kali pertama,kami tidak menghadapi sebarang masalah dan alhamdulillah banyak pihak tampil membantu kami untu menjayakan program ini. 3 buah sekolah tampil untuk edisi kali pertama ini,SMK Binjai (Soutul Fida'iy),SMK Sultan Omar,Dungun (Shababul Faizin) dan SMK Geliga (Firdani).
Para peserta di tempatkan di kuaters PPD Kemaman dan pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan sepanjang kem ini :-
  • Ice Breaking
  • LDK (Latihan Dalam Kumpulan)
  • Kelas Pengasingan Suara
  • Kelas Vokal
  • Kelas Perkusi
  • Perbincangan ilmiah "Merevolusikan Nasyid di Terengganu"
  • Persembahan Pelajar

Untuk edisi 2010, kami akan cuba mencari pendekatan baru untuk membangunkan nasyid di negeri Terengganu ini. Berberapa modul dan kelas baru akan diketengahkan dalam nasyid camp utk 2010.Dibawah ni ada la sedikit gambar sepanjang nasyid camp 2009..:)

Friday, April 2, 2010

Nasyid Camp 2010

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan seberapa segera, sebrang pertanyaan boleh e-mail saya di K8_coklat@yahoo.com.my atau tulis aje kt chatbox
(kalau gambar x jelas,klik pada gambar)

Monday, March 29, 2010

Candid_Piala Rabbani 2010

Pada Pagi Pertandingan di rumah penginapan kami..

Kami kena persembahan pada sesi petang, jadi tak nk la tension sangat...kami ronda dulu kawasan tamadun islam ni..

Guru penasihat suruh kiteorg makan dlu...asyik nk berjalan je,makannye tak lg..

Pengacara pulak mmg xhabis dgn lawak slumber..


Insya'allah, Soutul Fida'iy akan terus belajar dari pengalaman dan akan terus maju..amin

Saturday, March 20, 2010

FENU'10 (FESTIVAL NASYID UiTM - PIALA NC UiTM)

Assalamualaikum..

Kepada semua peminat nasyid IPTA, video pertandingan FENU'10 telah diupload di YouTube Soutul Fida'iy iaitu di www.youtube.com/soutulfidaiy. Tapi,sebelum tu saya minta ampun dan maaf sebab videonya agak kurang memuaskan,tp audionya bolehlah dikatakan memuaskan.Maklumlah,guna henset jew..ada 5 pasukan yang sempat saya rekodkan iaitu:-

  • USIM
  • UiTM Perak
  • UMK
  • UiTM Shah Alam
  • UPNM

UKM saya x sempat rekod,maaf ye warga UKM..saya sampai lewat ke tempat kejadian..ap2 pn enjoy dan hayatilah mesej yang disampaikan oleh pasukan2 ini...wassalam

Friday, March 12, 2010

Terkini..

Soutul Fida'iy Next Event :
  • Persembahan Nasyid Sempena Mesyuarat PIBG SMK Binjai 2010 (27 MAC 2010)
  • Nasyid Mahrajan Zon Air Putih (APRIL 2010)
  • Persembahan Hari Guru SMK Binjai 2010
  • Pemilihan Ahli Soutul Fida'iy Jr - Tingkatan 1 dan 2 (APRIL & MEI 2010)
  • Pengedaran T-Shirt Aktiviti Soutul Fida'iy 2010 kepada semua ahli pasukan
  • "Nasyid Camp" 2010 (MEI 2010)
  • Jamuan Apresiasi Soutul Fida'iy di Suria Beach Resort,Cherating (JUN 2010)
Yang lain akan diupdate dari semasa ke semasa,ada cadangan lain boleh lah diajukan kepada kami..

Sunday, March 7, 2010

Sekitar Pertandingan Piala Rabbani 2010

Assalamualaikum w.b.t
Harap maaf kepada semua,kerana sudah lama saya tidak meng"update" blog saya ni. Mungkin kerana kekangan masa yang selalu mengekang saya untuk menulis tentang perjalanan Soutul Fida'iy untuk tahun 2010 ini.

Pada 20 Febuari yg lalu, Soutul Fida'iy menyertai Pertandingan Nasyid Piala Rabbani bertempat di Taman Tamadun Islam,Kuala Terengganu. Agak mencabar sebenarnya untuk pertandingan ini kerana masa untuk kami berlatih hanya 3 hari sahaja.Lebih-lebih lagi lagu yang kami bawa pada kali ini juga bukan sebarang lagu. Lagu "Cari Pasangan" menjadi taruhan kami untuk pertandingan ini.

Pasukan yang bertanding juga tidak boleh dinafikan kehebatan mereka,antara pasukan yang bertanding dari kesemua 27 pasukan adalah:-

  • SMAP Kajang (All For Ummah -Selangor) - Kerap mewakili negeri selangor dalam pertandingan nasyid KPM.
  • UUM (UTAMA - Kedah) - Antara pasukan yang hebat juga untuk level IPTA.
  • TLDM Lumut (IN-SON dan IN-SAFF) - Buat pertama kali kami melihat persembahan kedua-dua pasukan ini,persembahan mereka amat menarik dan memukau.
  • UiTM Shah Alam (Kampus Puncak Alam) dan UiTM Machang,Kelantan
  • SMK Tengku Mizan (Soutul Mizan) - Membawa status Johan Karnival Nasyid Anti Dadah Negeri Terengganu 2009.
  • SMK Sultan Omar,Dungun (Shababul Faizin) - Johan Karnival Nasyid Anti Dadah Daerah Dungun 2008 & 2009

Oleh kerana ada 27 pasukan yang bertanding,maka pertandingan pun dijalankan didalam 2 sesi.Iaitu pagi dan petang. Kami mendapat giliran yang ke 20 iaitu sesi yang kedua.Secara keseluruhannya,kami mendapat tempat yang ke lapan dari 27 pasukan. Saya sifatkan pencapaian ini sebagai sabgat baik. Hal ini kerana, matlamat saya menghantar pasukan ini bertanding adalah sebagai aplikasi kepada pembelajaran mereka semasa di Nasyid Camp 2009 dan juga sebagai pendedahan kepada team Soutul Fida'iy.

Disini ad la saya lampirkan sikit gambo2 utk tatapan semua:-

Masa ni tengah "setting" mic dan kedudukan percussion..
Antara "pose" yang kami berikan kepada para juri dan penonton
With my fren..Najmi Faiz (Shababul Faizin)

Soutul Fida'iy @ Piala Rabbani 2010 - Tempat ke-8




Alhamdulillah,walaupun kami hanya berlatih dalam masa tiga hari..Soutul Fida'iy berjaya memperolehi tempat ke-8 dari 27 pasukan dalam pertandingan nasyid piala rabbani..