Tuesday, September 15, 2009

New Show,New Face For 2010

Assalamualaikum dan salam ukhuwah..
Dua hari lepas, saya mendapat panggilan telefon dari bonda tercinta. Memaklumkan bahawa pihak pentadbiran SMK Binjai mahukan satu persembahan nasyid untuk Majlis Graduasi SMK Binjai 2009 pada 22 /10/2009 . Sudah menjadi kelaziman pada tahun ini, persembahan nasyid menjadi pemula bicara bagi sebarang majlis di SMK Binjai,harapnya diteruskan...
Yes..!!!, hati ini memang ternanti-nanti akan panggilan seperti ini. Pastinya ahli "Soutul Fida'iy" turut gembira dan senang dengan berita ini.
Namun begitu, cabarannya tetap ada :-
  • "Bagaimana aku nak latih mereka?,aku dah menetap di Shah Alam, bukannya di Kemaman lg"
  • "Macam mana aku nak puaskan hati pentadbir SMK Binjai?,aku mahu mereka memberi sokongan berterusan pada pasukan ni"

Bagi seorang anak muda yang usianya baru melepasi 20 tahun (dah puluh dah..) mungkin hal ini masih aku dapat selesaikan dengan begitu baik. Aku terpaksa mengenggam impian dan matlamat didalam tangan , mencari kejayaan dlm pelajaran , dan membanggakan harapan ibu bapa. Oleh kerana "Soutul Fida'iy", "UiTM" dan "Abah & Mak", aku akan tetap dengan apa yang aku bina , dan pantang melihat sesuatu benda musnah.

(Udah le tu Syamil weh...terus pada agenda)

Walaupun namanya persembahan, tidak salah kalau aku terus mencuba dan berexperimentasi sesama ahli "Soutul Fida'iy". Kebolehan mereka belum digilap dengan sepenuhnya dan sudah menjadi tugasku untuk menjelajahinya.

Latihan pertama akan bermula pada minggu pertama aidilfitri iaitu pada raya ke 6,7 dan 8. memang tak betul namanya,tapi oleh kerana tanggungjawabku sebagai seorang pelajar universiti,maknanya memang kena buat kerja yang x betul ne.

Budak2 "Soutul Fida'iy" dah setuju,jadi tak ada masalah.

Doakan yang terbaik buat kami dalam Majlis Graduasi SMK Binjai 2009

"MISI 2010 - Menggenggam Negeri Terengganu Darul Iman"


1 comments:

Anonymous said...

yuhuu...smga success!!