Tuesday, May 24, 2011

PERTANDINGAN NASYID MTQ ZON AIR PUTIH 2011

Pada 19 April, Soutul Fida'iy menyertai pertandingan nasyid MTQ peringkat zon air putih. Mula2 kami dimaklumkan yang venue pertandingan ini adalah di SMK Cheneh Bharu, tetiba ada pertukaran pula iaitu di SMK Air Putih ( dekat sikit dengan SMK Binjai hehe ).

Untuk pertandingan ini, kami hanya ada masa lebih kurang tiga (3) hari je untuk prepare team. Tak tahu la knp, tapi kalau pertandingan mcm ni memang kami dapat makluman paling lewat. Untuk team Soutul Fida'iy 2011, saya gabung antara muka baru dan lama supaya mereka yang baru ini boleh timba pengalaman. Lepas ni mereka turunkan pada adik2 yg lain pula.

Kami bertolak ke SMK Air Putih dalam pukul 10 pagi, tak jauh pun dengan SMK Binjai ni,dalam 20 minit jgk la. Selain dari 9 orang peserta,crew2 Soutul Fida'iy turut bagi sokongan, antaranya redzuan,iffat,azram, dan zhaffan. Walaupun mereka tak terpilihdalam pemilihan untukmewakili sekolah,tapi semangat mereka mmg saya tabik~ , suka hati la tu blh tinggal kelas ( He3..)

Selepas undian dijalankan kami mendapat giliran ke empat dari enam pasukan. Johan Zon 2009, SM Teknik tidak bertanding, tak tahu la kenapa..jadi saingan dari SMK Air Putih dan SMK Ceneh Baru memang terasa. Tapi, bila saya tengok pentas, tidak ada PA sistem disediakan. Saya tanya la para juri, " hari ni x sediakan mic ke?" , para juri tersenyum lebar membalas " hari ni kita pakai suara original la ye". DUSHH!!...hehe...terkejut tak terkata, rupa2nya sekolah ni pada hari yang sama ada program motivasi,jadi semua mic khas utk program tu sahaja,lagi pun SMK Air Putih dapat makluman jadi tuan rumah "last minit",jadi kami redha je la dgn apa yang disediakan.
Lepas dapat giliran, panaskan enjin la. Tapi pada masa ni, masih banyak lagi kelemahan2 yang ketara,harap-harap mereka lakukan yang terbaik,bukan untuk saya,tapi untuk diri mereka sendiri.
Muka2 cuak sebelum naik ke pentas hanya usaha,keazaman dan doa menjadi azimat pada diri :)

Alhamdulillah, buat kali pertama Soutul Fida'iy merangkul Johan untuk pertandingan nasyid MTQ ini, bersyukur sangat2 di atas kurniaanNYA.


0 comments: