Sunday, March 7, 2010

Sekitar Pertandingan Piala Rabbani 2010

Assalamualaikum w.b.t
Harap maaf kepada semua,kerana sudah lama saya tidak meng"update" blog saya ni. Mungkin kerana kekangan masa yang selalu mengekang saya untuk menulis tentang perjalanan Soutul Fida'iy untuk tahun 2010 ini.

Pada 20 Febuari yg lalu, Soutul Fida'iy menyertai Pertandingan Nasyid Piala Rabbani bertempat di Taman Tamadun Islam,Kuala Terengganu. Agak mencabar sebenarnya untuk pertandingan ini kerana masa untuk kami berlatih hanya 3 hari sahaja.Lebih-lebih lagi lagu yang kami bawa pada kali ini juga bukan sebarang lagu. Lagu "Cari Pasangan" menjadi taruhan kami untuk pertandingan ini.

Pasukan yang bertanding juga tidak boleh dinafikan kehebatan mereka,antara pasukan yang bertanding dari kesemua 27 pasukan adalah:-

  • SMAP Kajang (All For Ummah -Selangor) - Kerap mewakili negeri selangor dalam pertandingan nasyid KPM.
  • UUM (UTAMA - Kedah) - Antara pasukan yang hebat juga untuk level IPTA.
  • TLDM Lumut (IN-SON dan IN-SAFF) - Buat pertama kali kami melihat persembahan kedua-dua pasukan ini,persembahan mereka amat menarik dan memukau.
  • UiTM Shah Alam (Kampus Puncak Alam) dan UiTM Machang,Kelantan
  • SMK Tengku Mizan (Soutul Mizan) - Membawa status Johan Karnival Nasyid Anti Dadah Negeri Terengganu 2009.
  • SMK Sultan Omar,Dungun (Shababul Faizin) - Johan Karnival Nasyid Anti Dadah Daerah Dungun 2008 & 2009

Oleh kerana ada 27 pasukan yang bertanding,maka pertandingan pun dijalankan didalam 2 sesi.Iaitu pagi dan petang. Kami mendapat giliran yang ke 20 iaitu sesi yang kedua.Secara keseluruhannya,kami mendapat tempat yang ke lapan dari 27 pasukan. Saya sifatkan pencapaian ini sebagai sabgat baik. Hal ini kerana, matlamat saya menghantar pasukan ini bertanding adalah sebagai aplikasi kepada pembelajaran mereka semasa di Nasyid Camp 2009 dan juga sebagai pendedahan kepada team Soutul Fida'iy.

Disini ad la saya lampirkan sikit gambo2 utk tatapan semua:-

Masa ni tengah "setting" mic dan kedudukan percussion..
Antara "pose" yang kami berikan kepada para juri dan penonton
With my fren..Najmi Faiz (Shababul Faizin)

0 comments: