Saturday, November 21, 2009

Review 2009_Pertandingan Nasyid Puteri Islam Daerah Kemaman / Negeri Terengganu 2009_Part 1


Review yang seterusnya adalah sekitar Pertandingan Nasyid Puteri Islam Peringkat Daerah Kemaman dan Peringkat Negeri Terengganu. Pada mulanya, saya diminta oleh penasihat Puteri Islam SMK Binjai untuk melatih pasukan ini. Agak keberatan juga saya pada mulanya, kerana pada masa yang sama saya terpaksa memberi komitmen kepada "Soutul Fida'iy" untuk Pertandingan Nasyid Anti Dadah Daerah Kemaman.

"Lama doh dok ajor budok puang nasyid"

Flashback zaman muda2....

Saya ada la sedikit pengalaman melatih pelajar-pelajar perempuan ini semasa di tingkatan 4 . Pada masa itu saya melatih pasukan nasyid perempuan SMK Chukai, itulah pengalaman pertama saya sebagai seorang jurulatih nasyid. Dengan segala pengalaman yang ada, saya cuba memberikan yang terbaik kepada mereka.

Seingat saya, pada masa tu mereka mendapat tempat ketiga nasyid anti dadah daerah kemaman 2005 dan johan ASAT 2005.

Kembali ke tahun 2009

Dateline untuk menyiapkan pasukan ini adalah 2 minggu, jadi kenalah utamakan pasukan Puteri Islam ni dulu. Yelah, alang-alang orang dah bagi kepercayaan kepada kita, laksanakan lah dengan sebaik -baiknya. Kebanyakkannya pelajar baru, kecuali penyanyi solo yang memang ada "background" muzik. Masalah suara,tempo menjadi sahabat saya..Percussion pula kena diajar dari asas. Memang mencabar..tetapi mujurlah pasukan lelaki sudi membantu saya dari segi tunjuk ajar percussion, kurang beban saya sikit.

Kebetulan pada hari pertandingan peringkat daerah, saya terpakasa ke SMK Chukai untuk mengambil peperiksaan MEDsI dan MunsYi. Tak dapat tengok la...selepas selesai menjawab soalan tersebut, saya terus ke SK Pusat,dimana tempat pertandingan itu berlangsung.

Setibanya disana, saya di temani oleh Hanif dan Shawal. Yup,mmg tepat..saya terlepas persembahan mereka, mungkin mereka hampa...tp x mengapalah...yang penting mereka dah membuat yang terbaik.

Dah nama pun Pertandingan Nasyid Puteri Islam, "Puteri Islam" kan untuk perempuan...mana ada lelaki masuk. Jadi saya dapati, saya,hanif dan shawal sahaja yang lelaki...hahaha...yang terkejut dengan kehadiran kami adalah guru2 dari sekolah lain...hihihi

Oleh kerana,pertandingan masih berjalan..saya memutuskan untuk pergi ke bandar atas urusan peribadi.Selepas itu, saya pulang ke rumah.

Bila sampai di rumah, saya mendapat panggilan telefon. SMK Binjai mendapat tempat pertama katanya...saya seakan tak percaya,tapi bersyukur atas ketentuannya. Kali pertama SMK Binjai mewakili daerah dalam mana2 pertandingan nasyid yang pernah disertai .Syukur.....

(Part 2 akan bersambung....)

0 comments: