Tuesday, November 10, 2009

Pengalaman Pertama_Finale

Akhirnya assignment manuskrip al-quran berjaya disiapkan. Namun begitu aku berasa terkilan kerana tidak dapat turut serta semasa penghantaran manuskrip ini kerana terpaksa pulang ke kampung halaman.
Untuk proses yang lebih detail, iaitu mewarnakan corak-corak yang lebih kecil,rumit dan susah,Hafiz,Hairul, dan Firdaus berjaya mewarnakannya dendan baik. Thanks for being a supportive friends, hanya Allah yang dapat balas jasa korang.

Tanggal 2 November 2009, kumpulan kami berjaya menyiapkan antara tugasan yang banyak menggunakan wang,tenaga dan masa kami. Namun begitu, kami tetap enjoy dan kepuasan tetap terpancar pada setiap wajah ahli kumpulan kerana kami bekerjasama seperti dalam cerita wonderpets dan juga semangat SUKA! RELA! dan GILA! yang ada pada setiap ahli kumpulan ini jugalah yang membantu kami merealisasikan assignment ini.
Jujurnya, saya mendapat beberapa pengalaman baru hasil dari menyiapkan tugasan ini, bermula dari proses penghasilan reka bentuk, printing, penyediaan bahan dan proses pembuatan.

Ucapan penghargaan kepada Puan Ainun Jariah Binti Yaacob ( Lecurer kami), En.Low ( EPSON),En Che Ku ( Juruteknik FSSR UiTM Sh Alam), Warga Yayasan Restu, Hafiz "Spikey" (Ketua Kumpulan a.k.a Tukang Bancuh Cat), Hairul "Furyot", Firdaus "Mahmuk", Akak2 cleaner Kolej JATI, Geng2 IDE dan pada kengkawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan projek manuskrip al-quran ini...thanks a lot...secara rasminya...tamatlah telenovela ini....

0 comments: